Pas Usah Mimpi Mahu ‘Berubah’, Hanya Cuba Racuni Pemikiran Rakyat Sabah – NGO

Angan-angan Pas mahu ‘melebarkan’ sayap di Sabah tidak akan berjaya sebagaimana penghinaan Abdul Hadi kepada rakyat Sarawak pada 2007. Foto Facebook Suara Rakyat
KOTA KINABALU, 31 Dis – Pas usah berangan-angan kononnya mahu ‘berubah’ ekoran kenyataan seorang pemimpinnya bahawa kepelbagaian etnik dan budaya di Sabah boleh dijadikan inspirasi bagi mewujudkan imej baharu dalam parti pembangkang itu.
Dalam nada menyindir, sebuah NGO di negeri ini menyifatkan kenyataan pemimpin Pas dari Semenanjung itu hanya fatamorgana semata-mata.
”Pemikiran jumud dan ekstrim Pas tidak diterima di Sabah lebih-lebih lagi pemimpin parti itu sendiri kerap berbohong setiap kali mengeluarkan kenyataan atau melontar persepsi jahat terhadap kerajaan.
”Pas usah berangan mahu bertapak di negeri ini kerana rakyat Sabah tidak termakan dengan dakyah dan tohmahan palsu meracun pemikiran rakyat seumpama fatamorgana di siang hari,” kata pengerusi NGO itu pada Ahad.
Sambil menempelak hasrat ‘sesuci lebaran’ itu, NGO berkenaan menggesa rakyat Sabah jangan sesekali menerima mereka yang bersekongkol dengan pengkhianat mandat rakyat pada PRU-14 itu termasuk Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).
Omongan pemimpin Pas pusat itu tidak boleh dijadikan kekuatan kepada Pas Sabah kononnya ia boleh menjadi teladan ke arah penyatuan ummah yang sebenar, cuma tinggal omongan kosong semata-mata.

Terdahulu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Khairil Nizam Khiruddin berkata, masyarakat majmuk di Sabah adalah satu keunikan dan perlu diambil perhatian oleh setiap pemimpin dan ahli Pas.
Mengulas kenyataan itu, NGO berkenaan sekali lagi menempelak Pas kerana kononnya membawa imej Islam tetapi menghina kaum pribumi di Borneo pada 2007 dan tidak pernah memohon maaf atas keceluparan pemimpin ‘agung’ mereka.
“Walaupun Pas adalah parti arus perdana tetapi rakyat Sabah tetap menolak sebarang usaha memecah-belahkan perpaduan yang sekian lama terjalin antara kaum dan agama di negeri ini.
“Sebagaimana Pas ditolak mentah-mentah di Sarawak, begitu juga kami di Sabah yang tidak lupa akan penghinaan Abdul Hadi Awang yang menyatakan “di Batang Ai kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi” pada 11 Julai 2007 hingga membawa kepada kemarahan awam,” kata NGO itu lagi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
