TERKINI: Jakim Laksana Solat Jenazah Ghaib Buat Allahyarham Ismail Haniyeh

Israel menyerang kediaman Ismail Haniyeh di Tehran sehingga menyebabkan beliau dan seorang pegawainya syahid pada awal pagi Rabu. Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 31 Jul – Seluruh masjid di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menunaikan solat jenazah ghaib susulan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh oleh rejim Zionis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berhubung perkara itu.

“Saya kini berada di Kaherah dan arahan telah dibuat.

TERKINI: Ketua Hamas Ismail Haniyeh Terbunuh Dalam Serangan Rejim Israel Di Tehran

”Kita dapatkan maklumat dulu. Jika dah dimandikan, saya minta semua Masjid Jakim dan Jawi untuk mengadakan solat ghaib,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, agensi berita antarabangsa melaporkan Israel menyerang kediaman Ismail di Tehran sehingga menyebabkan beliau dan seorang pegawainya syahid.

Ismail sebelum itu menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu republik Islam itu Masoud Pezeshkian pada Selasa.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *