TERKINI: Ketua Hamas Ismail Haniyeh Terbunuh Dalam Serangan Rejim Israel Di Tehran

Ketua Hamas Ismail Haniyeh dilaporan terbunuh dalam serangan didalangi rejim Zionis Israel di Tehan pada awal pagi Rabu. Foto Reuters
TEHRAN, 31 Jul – Ketua politik pasukan pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, lapor media antarabangsa sebentar tadi.
Reuters melaporkan dipetik menerusi sumber Hamas berkata, kumpulan pejuang Palestin itu berkabung atas pemergian Ismail dalam satu serangan didalangi rejim Zionis di kediamannya di sini pada awal pagi Rabu.
Menurut sumber, ketika kejadian Ismail berada di kediamannya semasa serangan ditujukan namun belum pasti bagaimana serangan itu dilakukan.
“Kediaman Ismail Haniyeh, ketua pejabat politik, diserang di Tehran, dan akibat kejadian ini, dia dan salah seorang pengawal peribadinya syahid,” kata kenyataan oleh Kor Pengawal Revolusi di laman web beritanya, Sepah.
Sayap kumpulan Hizbullah Al Mayadeen turut berdukacita atas kematian Ismail dan mereka akan membalas dendam terhadap pembunuhan kejam Ismail.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
