Pertingkat Kawalan Keselamatan Susulan Pembunuhan Ismail Haniyeh

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual dengan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar pada 14 Mei lalu. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 Jul – Pihak berkuasa diminta mempertingkatkan kawalan keselamatan dalam negara susulan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di Tehran, Iran awal pagi tadi.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertingkatkan kawalan keselamatan dan mengesan sebarang ancaman anasir asing yang cuba mengganggu keselamatan dan ketenteraman negara.

“Kami meminta pihak berkuasa memperketatkan kawalan keselamatan dalam negara susulan insiden kejam pembunuhan Ketua Biro Poitik Hamas Ismail Haniyeh yang sememangnya menjadi sasaran rejim Zionis Israel sejak dahulu lagi.

TERKINI: Jakim Laksana Solat Jenazah Ghaib Buat Allahyarham Ismail Haniyeh

“Maka adalah tidak mustahil pemimpin negara yang lantang mengritik kekejaman Israel termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi perlindungan lebih ketat bagi memastikan tahap keselamatannya berada pada tahap tertinggi,” kata kenyataan itu.

Beberapa hari lalu warga Israel Avitan Shalom yang ditahan dan didakwa membawa senjata api secara haram ditolak permohonan representasi mengetepikan dakwaan terhadapnya oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Tambah kenyataan itu lagi, soal keselamatan pemimpin dan negara ini tidak boleh dipandang enteng setiap masa kerana musuh akan mencari peluang apabila mendapat kesempatan.

PM Anwar Hubungi Ismail Haniyeh, Ucap Takziah Pemergian Ahli Keluarga

Dalam pada itu pembunuhan kejam pemimpin tertinggi Hamas itu mendapat reaksi keras daripada Kerajaan Turki.

Kementerian Luar Turki dalam kenyataan pada Rabu mengutuk pembunuhan tersebut, dengan menegaskan serangan itu bertujuan untuk menyebarkan perang di Gaza pada peringkat serantau.

Kenyataan itu menambah, tindakan tersebut sekali lagi mendedahkan sikap Israel di bawah pimpinan Benjamin Netanyahu bahawa mereka tidak berhasrat untuk mencapai keamanan.

Sementara itu, media rasmi Iran melaporkan jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani memaklumkan “darah” Haniyeh yang mati dibunuh tidak akan sia-sia.

Pemimpin Barat Resah Pertemuan PM Anwar Dengan Hamas Di Doha, Ini Penjelasannya

Katanya lagi, syahid Haniyeh di Tehran juga akan mengukuhkan ikatan yang mendalam dan tidak dapat diputuskan antara Tehran, Palestin, dan gerakan penentangan.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Haniyeh, 62, terbunuh dalam ‘serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran’.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *