Mogok Rider Grab: Wan Fayhsal Berlagak Hero, Lupa Dia Pernah Ajak Boikot

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah (AMK), Arief Hambali J Indan berkata ini jelas satu pembodohan terhadap orang awam oleh Wan Fayhsal. Foto Harapan Madani

KOTA KINABALU, 21 JanKetua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diselar kerana cuba menunggang isu P-Hailing dan menggunakannya untuk menyalahkan pihak kerajaan dengan dakwaan yang jelas terpesong.

Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah (AMK), Arief Hambali J Indan, ini jelas satu pembodohan terhadap orang awam oleh Wan Fayhsal.

Menurutnya Wan Fayhsal juga cuba berlagak hero dengan gelojoh menunggang isu sehingga terlupa beliau pernah mengajak rakyat untuk memboikot Grabfood kerana didakwa menyokong Zionis.

Beliau juga meminta ‘rider’ yang berkhidmat di bawah Grab untuk mencari pekerjaan lain. Pada masa itu beliau tidak memikirkan samada ‘Rider’ Grab ini akan ada pendapatan atau tidak.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah (AMK), Arief Hambali J Indan berkata ini jelas satu pembodohan terhadap orang awam oleh Wan Fayhsal. Foto Harapan Madani

Arief berkata dakwaan mengaitkan syarikat persendirian GrabTaxi Holdolings sebagai syarikat di bawah Kementerian Kewangan juga jelas terpesong dan dilihat berniat jahat dengan mengaitkan syarikat ini dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Melalui pertemuan dengan 24 syarikat P-Hailing, Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak Rm1.6 bilion dalam belanjawan 2024 bagi pelbagai inisiatif termasuk latihan kemahiran.”

Jelas Arief lagi ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, beliau telah berjanji untuk memberikan subsidi minyak dan pelbagai lagi inisiatif namun gagal dilaksana. Pada ketika itu di mana suara Wan Fayhsal?

Wan Fayhsal jelas gagal menjadi pembangkang yang membina sebaliknya hanya mampu menunggang isu demi kepentingan politik peribadi sebagaimana beliau memperguna surah-surah dalam Quran bagi meraih undi seperti yang beliau sendiri akui.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *