’Tendangan Ala-Kungfu’ Kanak-Kanak Undang Kecaman

Imej tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak cuba menendang pemain lawan dalam satu pertandingan bola sepak di USM pada Sabtu. Foto X Hal Ehwal Pengadil (HEP)
GEORGE TOWN, 3 Jun – Tindakan seorang kanak-kanak menunjukkan aksi seperti dalam tayangan filem ‘Karate Kid’ terhadap pemain pasukan lawannya pada perlawanan bola sepak bawah 8 tahun di padang Kopa Arena, Universiti Sains Malaysia (USM), Sabtu lalu mendapat kecaman di media sosial.
Video tular dengan durasi satu minit lima saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun bertindak menendang salah seorang pemain daripada Kelab Wira Muda dipercayai pada perlawanan yang masih dalam peringkat kumpulan.
Tendangan ala-kung fu kanak-kanak terbabit bagaimanapun sempat dielak oleh pemain pasukan lawannya.
Pada perlawanan itu, Kelab Wira Muda menang 10-0 ketika menentang sebuah kelab persendirian dari Pulau Pinang.
Difahamkan, kejadian seumpama itu berlaku pertama kali meskipun penganjuran kejohanan tersebut sudah banyak kali diadakan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan kanak-kanak tersebut termasuk ibu bapa, penonton serta pengadil perlawanan tersebut.
Ada dalam kalangan netizen juga yang menyifatkan kanak-kanak tersebut sebagai seorang yang baran. – Kosmo
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

