Tembak 18 Das: Suspek Serah Diri Di Sungai Golok

Suspek disyaki menembak mati rakyat Malaysia menyerah diri di Balai Polis Sungai Golok, Thailand pada 2 November 2025. Foto Polis Thailand

KOTA BHARU, 3 Nov – Suspek yang dipercayai menembak mati rakyat Malaysia di sebuah rumah di Golok, Thailand, petang kelmarin sudah ditahan pihak berkuasa Thailand.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan malam tadi selepas tampil menyerah diri di Balai Polis Sungai Golok.

Sumber pasukan keselamatan berkata, semakan pihaknya mendapati suspek mempunyai dua kerakyatan iaitu Thailand dan Malaysia.

Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Apam Putra, Pasir Mas pada 2 November 2025.

“Kita tangkap selepas suspek tampil menyerah diri malam tadi dan mempunyai dua dokumen pengenalan diri,” katanya ketika dihubungi.

Semalam media melaporkan, rakyat Malaysia yang juga peniaga beg dan batu permata maut selepas dipercayai ditembak 18 das oleh dua individu dikenali di rumahnya di Golok.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok jam 9 malam.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *