Tair Air Naik: Muslimat Pas Terengganu Takut Hilang Undi?

Muslimat Pas Terengganu juga seakan gusar dengan keputusan kerajaan negeri dipercayai khuatir rakyat tidak akan mengundi mereka lagi.

KUALA TERENGGANU, 25 Sep – Bantahan terhadap kenaikan tarif air bukan setakat disuarakan Pemuda Amanah Terengganu tetapi juga datang daripada pimpinan Pas sendiri.

Menurut laporan, Dewan Muslimat Pas Terengganu menggesa kerajaan negeri Terengganu meneliti semula kadar tarif air yang diumumkan sebelum ini supaya ‘tidak membebankan pengguna’.

Ketuanya, Zarani Othman berkata, kerajaan negeri boleh menetapkan mekanisme subsidi bersasar bagi tarif air untuk isi rumah dalam golongan B40.

Selain itu, tambah beliau, kerajaan negeri juga boleh menyemak semula kadar blok tarif melebihi 20 meter padu supaya lebih berpatutan.

Dalam masa sama, ujarnya, kerajaan perlu menambah baik langkah pendidikan penggunaan air secara berhemah tanpa membebankan rakyat.

“Kami menyedari keperluan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) dalam menampung kos operasi dan penyelenggaraan, namun pada masa yang sama, kenaikan mendadak ini memberi kesan besar kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan keluarga besar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Komen keluhan melihat bil air naik oleh rakyat Terengganu yang tular di media sosial.

Gesaan tersebut dipercayai dibuat bukan kerana desakan daripada rakyat tetapi khuatir rakyat tidak akan mengundi mereka pada pilihan raya akan datang.

Malah di ruangan komen di Facebook, perasaan marah turut dihamburkan kepada kerajaan negeri kerana gagal mengurus kewangan negeri dengan berhemah.

Walaupun kesemua DUN di negeri ini diperintah Pas tetapi isu bekalan air yang tidak dibahaskan di DUN tanpa pembangkang itu menyebabkan dewan berkenaan menjadi ‘rubber stamp’ tanpa aspek semak dan imbang seperti negeri lain.

Kenaikan bil air di Terengganu gagal dijelaskan dengan baik menyebabkan pengguna marah kepada kerajaan negeri pimpinan Pas itu.

Sekiranya muslimat Pas memahami tekanan kewangan yang dialami kerajaan negeri, seharusnya mereka membantu mengumpul ‘tin milo’ yang sinonim dengan parti itu dan bukannya cuma meminta kerajaan negeri terkontang-kanting mencari sumber baharu bagi menampung kos operasi SATU.

Bukankah Pas selama ini hebat dalam operasi ‘tin milo’ daripada menyelesaikan masalah rakyat?

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *