Warga Kota Ucap Terima Kasih Atas Bantuan Subsidi BUDI MADANI

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Lai Chen Heng (tengah) meninjau respon rakyat terhadap pengumuman inisiatif Budi MADANI RON95 di sekitar Wangsa Maju pada 2 Oktober 2025. Foto Facebook Lai Chen Heng

KUALA LUMPUR, 25 Sep – Seperti mana penduduk di luar bandar, warga kota Kuala Lumpur turut menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan yang mendalam kepada Kerajaan Perpaduan atas inisiatif BUDI MADANI RON95.

Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Lai Chen Heng, berdasarkan tinjauan yang dibuatnya di beberapa kawasan sekitar Setapak dan Taman Melati mendapati, mereka gembira dengan pengumuman penurunan harga petrol RM1.99 seliter yang akan bermula pada 30 September ini.

“Saya turun meninjau pandangan rakyat di kawasan tumpuan sebaik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu dan mendapati mereka bersyukur dengan langkah kerajaan melakukan penyasaran subsidi petrol berkenaan.

Para penduduk sekitar Taman Melati, Setapak memanfaatkan penganjuran Jualan Rahmah MADANI sambil berterima kasih atas inisiatif Budi MADANI RON95. Foto Facebook Lai Chen Heng

“Setelah berbincang dengan pimpinan cabang, saya akan menggerakkan pasukan turun ke bawah bagi memberi penjelasan dan membantu mereka memahami mekanisme pemberian subsidi termasuk bantuan yang diperlukan apabila mula pembelian pada 30 September ini,” ujarnya.

Program subsidi bersasar ini yang disalurkan terus kepada rakyat Malaysia tanpa mengira taraf hidup, dilihat sebagai langkah proaktif dalam menangani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Seorang pengguna, Ahmad Razif, 45, berkata, bantuan ini sangat membantu beliau sekeluarga.

”Setiap bulan, perbelanjaan petrol adalah satu beban, dan dengan adanya subsidi ini, kami dapat berjimat dan mengalihkan peruntukan itu untuk keperluan lain seperti makanan dan persediaan persekolahan anak-anak tahun depan,” katanya.

Warganet teruja berkongsi kelayakan menerima subsidi RON95 menerusi insiatif BUDI95 yang akan bermula pada 30 September 2025.

Golongan peniaga kecil dan sederhana juga menyambut baik inisiatif ini terutama bagi mengurus kos operasi seterusnya membolehkan mereka mengekalkan harga jualan makanan.

Puan Halimah, seorang peniaga makanan, 58, menyatakan, “Sebagai peniaga yang sering bergerak untuk mendapatkan bekalan, pengurangan kos petrol ini amat meringankan. Ia membolehkan kami mengekalkan harga jualan yang berpatutan untuk pelanggan.”

Pemberian subsidi secara langsung kepada individu yang layak dilihat lebih berkesan berbanding subsidi pukal yang dinikmati semua pihak sebelum ini, termasuk warga asing. Pendekatan ini memastikan bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.

Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Lai Chen Heng akan menggerakkan pasukan membantu rakyat memahami inisiatif Budi MADANI RON95 dalam masa terdekat. Foto Facebook Lai Chen Heng

Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kewangan tetapi juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam membina sebuah masyarakat yang lebih saksama dan makmur.

Ternyata dengan pengenalan subsidi Budi MADANI RON95 jelas membuktikan bahawa setiap dasar yang dilaksanakan dirancang dengan teliti dengan mengambil kira kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *