Syabu Rosakkan Masa Depan Lelaki Warga Asing Baru 22 Tahun

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan bersama dadah jenis syabu dalam operasi berkenaan.

TAWAU, 3 Jun – Lelaki warga asing berusia 22 tahun kini mengharungi masa depan gelap setelah disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Kampung Vietnam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata suspek diberkas kira-kira jam 4.15 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.21 gram.

“Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek kini ditahan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak polis turut giat mengesan individu lain yang dipercayai terbabit dalam rangkaian pengedaran dadah di kawasan berkenaan,” katanya.

Jasmin turut menegaskan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau dalam membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah, khususnya membabitkan warga asing di daerah ini.

“Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah dadah agar tindakan segera dapat diambil demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti terus terpelihara,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *