Susun Maklumat, Sampaikan Penerangan Perutusan Negara Ke Peringkat Akar Umbi

SIBU, 23 Mei – Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Sarawak disaran mempersiapkan diri dan jawatankuasa peringkat cabang untuk turun padang bagi menerangkan intipati Perutusan Negara yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 Mei lalu.

Beberapa pendekatan baharu selain menggunakan media sosial seperti WhatsApp juga perlu diaplikasikan bagi memberi pencerahan kepada rakyat tentang inisiatif dan bantuan yang telah dan akan diberikan sepanjang Kerajaan MADANI memerintah.

Orang ramai menyaksikan Perutusan Negara disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan secara langsung melalui televisyen ketika tinjauan di sebuah restoran sekitar ibu kota pada Selasa. Foto Bernama

Ia diakui aktivis KEADILAN negeri Satu Anchom yang memberitahu pihaknya akan menggunakan beberapa kaedah bagi mendekati rakyat bertujuan menerangkan pengumuman yang dibuat Anwar.

“Kami di Sarawak sentiasa bersedia turun padang menemui rakyat mendengar permasalahan mereka dan pada masa sama penjelasan juga akan diberikan berkenaan beberapa isu seperti pengecualian subsidi diesel bagi Sabah dan Sarawak.

“Selain itu saya juga menyeru anggota KEADILAN setiap peringkat dapat menggerakkan usaha menjelaskan maksud di sebalik pengumuman Perdana Menteri dalam bahasa yang mudah difahami rakyat,” katanya ketika diminta mengulas langkah beliau susulan pengumuman Anwar.

Dalam pada itu, pemimpin lain di beberapa cabang juga difahamkan sudah mula memikirkan kaedah dan strategi berkesan bagi menyampaikan maklumat berkaitan perutusan itu yang bakal dilaksanakan tahun ini.

Ia sekali gus dapat menjawab persoalan yang bermain di fikiran mereka selain menangkis fitnah pembangkang kononnya subsidi diesel ditarik balik.

Terdahulu Anwar dalam perutusan yang disiarkan di saluran media tempatan pada Selasa mengumumkan pengecualian subsidi diesel bersasar kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana ia merupakan bahan bakar utama bagi kedua-dua negeri itu.

Ia dapat menjimatkan perbelanjaan RM4 bilion setahun apabila dilaksanakan di Semenanjung Malaysia sahaja.

Selain itu beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan penambahan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion yang lebih memanfaatkan rakyat secara langsung.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *