SPRM Tahan 3 Individu Termasuk Pengetua Asrama Pemulihan Akhlak

Foto Arkib
KUALA LUMPUR, 19 Feb – Seorang pengarah urusan bersama pengurus operasi sebuah syarikat dan pengetua asrama pemulihan akhlak di Johor, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah lebih RM280,000.
Sumber berkata, ketiga-tiga individu berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor pada jam 5 petang tadi.
“Dua suspek yang berjawatan pengarah urusan dan pengarah operasi di syarikat sama disyaki bersubahat dengan pengetua asrama berkenaan, mengemukakan tuntutan palsu lebih RM280,000.
“Ia bagi perkhidmatan pembekalan dan penyediaan makanan di sebuah asrama pemulihan akhlak di Johor Bahru, Johor,” katanya.
Sumber berkata, ketiga-tiga suspek terbabit dipercayai bersubahat dan membuat tuntutan palsu berkenaan sejak September 2020 hingga Ogos 2022.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
