KDN Semak Permohonan FBI Senaraikan 3 Pemimpin NGO Islam Dalam TSC

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto Bernama
PUTRAJAYA, 19 Feb – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyemak fakta berhubung tindakan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyenaraikan tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam negara ini dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC).
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau sudah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berhubung perkara itu bagi mendapatkan gambaran yang lebih tepat.
“Saya pun baru mengetahui perkara itu dua hari lalu dan saya sudah menghubungi Ketua Polis Negara untuk diberikan gambaran yang lebih tepat mengenai perkara berkenaan.
“Apa yang kita tahu ialah FBI membuat request (permohonan) berkaitan perkara itu jadi kita kena semak dahulu fakta yang tepat, saya tak bersedia untuk memberi fakta tangkap muat atau samar-samar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Pejabat Pasport Shaftbury di sini, hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
