Remaja Lelaki Maut Kemalangan Babit Tiga Kenderaan

mangsa yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada 5 April 2026. Foto PDRM
KUCHING, 6 Apr – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Batu 14, Jalan Kuching-Serian, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 5.30 petang, 5 April, melibatkan sebuah motosikal, sebuah kereta dan sebuah bas.
Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
“Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut melibatkan tiga kenderaan dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, mangsa merupakan anak kepada seorang penyanyi band Bidayuh terkenal dari Serian.
Perkhabaran duka itu turut dikongsikan menerusi hantaran di media sosial Ampungan Channel yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


