Presiden Amanah, Mohamad Sabu Dibedah Malam Ini

Presiden Amanah merangkap Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. Foto Facebook Mohamad Sabu.

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Datuk Seri Mohamad Sabu dimasukkan ke Hospital Putrajaya hari ini kerana masalah appendicitis.

Kenyataan pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyebut beliau dijadualkan menjalani pembedahan appendicitis pada malam ini juga atas nasihat pakar perubatan.

Kesihatan beliau kini dalam keadaan stabil dengan pemantauan rapi.

Presiden Amanah merangkap Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. Foto Facebook Mohamad Sabu.

Atas nasihat pihak hospital, buat masa ini hanya ahli keluarga terdekat yang dibenarkan melawat.

“Sama-sama kita doakan YB Datuk Seri diberikan kesembuhan dan pulih seperti sediakala,” katanya.

Kenyataan media rasmi kementerian beliau di Facebook malam ini.

Diharapkan seluruh pendokong Kerajaan Perpaduan dapat mendoakan kesembuhan beliau seberapa segera kerana khabar gembira hari ini memberitahu pihak kementerian telah menghentikan import telur ayam dari India dan Thailand mulai hari ini.

Mohamad merupakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dan Ahli Parlimen Kota Raja bagi penggal kedua setelah menang kali partama pada PRU tahun 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *