Polis Serbu Dua Kes Berasingan Cuba Edar Ekstasi, Syabu

Dua serbuan berasingan dijalankan di Penampang dan Putatan membabitkan cubaan mengedar ekstasi dan syabu. Foto IPD Penampang

PENAMPANG, 29 Jun – Dua individu termasuk seorang wanita diberkas dalam dua serbuan berasingan di Penampang dan Putatan, membabitkan rampasan dadah jenis ekstasi dan syabu bernilai RM4,800, semalam.

Dalam serbuan pertama jam 9.45 malam, Jumaat lepas, seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun ditahan di hadapan lobi sebuah kondominium di Penampang oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek menemukan enam paket plastik berisi serbuk disyaki ekstasi seberat 228 gram dengan nilai anggaran rampasan sekitar RM4,800.

“Turut disita sebuah kenderaan milik suspek. Lelaki berkenaan kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup, serta sekurang-kurangnya 12 sebatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu katanya, dalam serbuan kedua jam 2 petang, pada Sabtu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menahan seorang wanita tempatan berusia 35 tahun di kawasan perumahan Putatan.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui tiga paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu seberat 5.22 gram.

“Saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara, sebatan serta denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Sammy menegaskan komitmen polis membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini, dan menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *