Enam Lagi Ahli Politik Didakwa Terlibat Dalam Skandal Lesen Lombong

SPRM tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pelakuan rasuah di negara ini.

KOTA KINABALU, 29 Jun – Enam lagi ahli politik di Sabah dikatakan terlibat dalam skandal mendapatkan lesen perlombongan.

Antara ahli politik itu termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kerajaan negeri yang melibatkan beberapa parti.

Menurut laporan sebuah portal, satu sumber telah memberikan mereka tangkapan skrin yang didakwa diambil daripada rakaman video yang melibatkan pemimpin terbabit.

Terdahulu, dua ADUN telah dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dan menunggu masa untuk didakwa di mahkamah.

Portal berkenaan turut ditunjukkan petikan ringkas rakaman itu tetapi tidak diberi kebenaran untuk mengeluarkannya semula.

“Jumlah keseluruhan yang terlibat (untuk enam individu terbabit) ialah hampir RM4 juta atau RM3.96 juta tepatnya,” dakwa sumber itu yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Sebagai tambahan kepada bukti video, sumber terbabit mendakwa bahawa mesej WhatsApp dan dokumen lain wujud untuk menyokong transaksi tersebut.

Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah ahli politik Sabah yang terlibat dalam skandal itu meningkat kepada 15 orang.

Skandal berkenaan menggemparkan seluruh negara ketika negeri itu berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *