Polis Marin Tahan Dua Kapal Cuba Jual Minyak Lebih RM1.2 Juta Di Laut

Kedua-dua kapal ditahan Polis Marin kerana disyaki menjual minyak RM1.2 juta di laut pada 10 Jun 2025. Foto Polis Marin Sabah
KOTA KINABALU, 11 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menggagalkan cubaan penjualan minyak secara haram dalam satu operasi khas Ops Taring Gelora Khas yang dijalankan di perairan Safma, di sini.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim, berkata dalam operasi ini, pihak berkuasa berjaya mengesan dua buah kapal pukat tunda yang mencurigakan sebelum melakukan serbuan terhadap kedua-dua kapal terbabit.
“Hasil pemeriksaan mendapati kapal-kapal berkenaan diubah suai dan dilengkapi dengan beberapa tangki minyak yang disyaki digunakan untuk aktiviti penyelewengan bahan api.
“Sebanyak 17,000 liter minyak dirampas daripada kedua-dua kapal terbabit, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1,249,375.00,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
“PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited dalam menjalankan operasi berterusan bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan penyelewengan minyak, demi menjamin keselamatan serta kestabilan ekonomi negara,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

