PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Menteri Luar Brazil Di Putrajaya

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Brazil Mauro Vieira di Kompleks Seri Perdana, hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 25 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Brazil Mauro Vieira di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Vieira tiba di Seri Perdana pada 11 pagi, dan terdahulu mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Putra.

Beliau tiba di Malaysia semalam bagi mengadakan lawatan rasmi dua hari, yang juga merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sebagai Menteri Luar, sejak menyandang jawatan itu pada 1 Januari tahun lepas.

Menteri Luar Brazil Mulakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia

Turut hadir, Datuk Seri Mohamad dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri Liew Chin Tong.

Brazil merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Amerika Latin.

Pada 2023, Malaysia dan Brazil mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM17.46 bilion, iaitu peningkatan sebanyak empat peratus berbanding RM16.86 bilion yang dicatatkan pada 2022.

Vieira kini dalam rangka lawatan ke beberapa negara di Asia Tenggara termasuk Filipina, Malaysia dan Vietnam.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *