PLSB: Lulus Segera RM6 Juta Bukti PM Anwar Prihatin Rakyat Kelantan – Zinda Khalil

Zinda Khalil melihat keikhlasan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan menyelesaikan isu ini segera dapat membuka mata hati rakyat Kelantan secara amnya. Foto Arkib

KOTA BHARU, 31 Dis – Kelulusan segera peruntukan sebanyak RM6 juta yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membina alur limpah di Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disifatkan bukti keprihatinan beliau terhadap kebajikan rakyat Kelantan.

Sambil mengakui ia tepat pada masanya, beberapa pemimpin menghargai kepantasan Perdana Menteri membantu menyelesaikan isu berkenaan biarpun ia membabitkan kos tambahan.

“Perdana Menteri tidak pernah membezakan negeri yang ditadbir pembangkang dalam meluluskan peruntukan segera, oleh itu wajar kerajaan negeri Kelantan berterima kasih atas tindakan segera Kerajaan Persekutuan.

”Tidak timbul soal pilih kasih kerana Perdana Menteri sendiri telah meneliti cadangan dan kelulusan segera itu dilakukan demi menyelamatkan nyawa dan harta benda rakyat,” ujar Zinda Khalil Sastro Hassan.

Zinda Khalil melihat keikhlasan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan menyelesaikan isu ini segera dapat membuka mata hati rakyat Kelantan secara amnya. Foto Arkib

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kelantan yang meneliti cadangan itu menambah, projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 1 di Jambatan Lubok Jong Pasir Mas akan mengatasi masalah sementara menunggu Fasa 2 siap sepenuhnya tahun depan.

Difahamkan proses pengambilan tanah sedang dilakukan secepat mungkin dan beliau berharap kerajaan negeri Kelantan diperintah Pas dapat melaksanakan arahan Perdana Menteri dengan kadar segera.

Beliau juga melihat keikhlasan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan menyelesaikan isu ini segera dapat membuka mata hati rakyat Kelantan secara amnya.

“Sumbangan besar Perdana Menteri menyelesaikan segera isu banjir dengan pelbagai projek bersepadu ini tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila tatkala mereka (pembangkang) dilihat lebih sibuk ‘menebuk atap’ sekali lagi tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat,” ujarnya lagi.

Pada lawatan kerja Rabu lalu, Perdana Menteri turut meluluskan penambahan spillway di PLSB Sungai Golok sebagai langkah jangka masa pendek bagi mengatasi masalah banjir termenung di sana sebagaimana diusahakan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMKA Lati, Pasir Mas.

Perdana Menteri berkata, pembinaan alur limpah yang dicadangkan itu akan dibuat di tiga lokasi di kawasan projek berkenaan.

“Untuk benteng projek PLSB yang pecah pagi kelmarin, kita tidak tahu apa punca, namun langkah yang dicadangkan adalah membuat benteng sementara.

Banjir: KEADILAN Gesa Kerajaan Kelantan Tidak Salahkan Kerajaan Pusat – Zinda Khalil

“Pada masa sama, akan dibuat alur limpah di tiga lokasi dan ia akan dilakukan dengan kadar segera,” katanya pada sidang media selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di sini, pada Rabu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *