Langkah Dubai, Langkah “Do” Or “Bye”

Kartunis Zunar menggambarkan naratif perbandingan Langkah Dubai pembangkang dengan usaha berterusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan isu banjir untuk rakyat Kelantan. Foto X Zunar Kartunis

PENDAPAT, 31 DisKehangatan bahang politik selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk setahun yang lalu tiba-tiba muncul semula dengan desas-desus ‘Geng Tebuk Atap’ atau nama ‘timangannya’ GTA melalui “Langkah Dubai”.

Sama ada betul atau tidak, langkah itu sebenarnya direncanakan oleh ahli-ahli GTA demi memastikan matlamat mereka tercapai tanpa mengira berapa pun kosnya.

Matlamat mereka ialah memastikan Kerajaan Perpaduan tumbang sesegera yang mungkin kalau boleh sebelum 2024. Oleh itu, langkah Dubai ini sebenarnya ialah langkah “Do” or “Bye

Ahli GTA tegar iaitu Perikatan Nasional (PN) yang didukung oleh pemimpin kanan Bersatu dan Pas dilihat semakin terdesak untuk mengambil alih sokongan apabila semakin ramai pemimpin-pemimpin mereka bakal disabitkan dengan pertuduhan rasuah semasa 33 bulan mereka memerintah.

Kes-kes seperti Jana Wibawa dan beberapa kes lain seperti sitaan Menara Ilham yang semakin hangat diperkatakan oleh rakyat menunjukkan mereka sedang berada dalam kedudukan yang sangat-sangat terdesak.

Kartunis Zunar menggambarkan naratif perbandingan Langkah Dubai pembangkang dengan usaha berterusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan isu banjir untuk rakyat Kelantan. Foto X Zunar Kartunis

Mana mungkin seorang bekas Perdana Menteri bermain tarik tali untuk melepaskan jawatan Presiden Bersatu kecuali mereka mahu berdrama politik belas kasihan dari rakyat. Itu semua taktik lapuk memancing simpati.

GTA fasa kedua, Tun Mahathir yang telah pun mengumumkan untuk berehat dari politik tetapi kembali semula untuk berentap sebagai barisan hadapan pembangkang sehingga diangkat oleh Parti Pas menjadi ketua ‘State Governement 4’ atau SG4 untuk negeri-negeri pembangkang.

Jika difikirkan, umur sudah hampir menjangkau 100 tahun tetapi masih giat dan liat mencari kedudukan dalam arena politik negara.

Kenapa?

Apakah Tun Mahathir sudahpun menghidu lebih awal Menara Ilham yang dimiliki oleh Tun Daim Zainuddin akan disita oleh SPRM?

Sedangkan SPRM mendedahkan Tun Daim telah lima kali meminta penangguhan bagi menjelaskan dari mana datang sumber membina menara itu.

Asas siasatan SPRM sejak Februari lalu adalah daripada pendedahan Kertas Pandora atau Pandora Papers yang sehingga kini gagal dijawab Tun Daim sendiri.

Mungkin kerisauan itu yang menyebabkan Tun Mahathir tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah.

Tun Mahathir dan Tun Daim tidak akan duduk senang selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi Perdana Menteri kerana akan lebih banyak “Menara Ilham” yang akan dijumpa selepas ini.

Kita akan tunggu kalau ada lagi langkah “Menara Ilham” akan berlaku selepas ini.

GTA yang ketiga pula, ialah Gabungan Parti Sarawak (GPS). Tan Sri Abang Johari baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa ada berlaku perjumpaan dan perbincangan bagi mengugat kedudukan Kerajaan Perpaduan tetapi semua “deal” yang diberikan tidak dapat menemui titik persamaan.

Walaupun diberi kekuatan dalam Kerajaan Perpaduan sekarang, GPS pernah secara terang-terang untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin untuk diangkat menjadi Perdana Menteri selepas PRU ke-15 yang lalu.

Ada yang kata, dalam deal tersebut GPS diberikan kerusi Perdana Menteri bagi membolehkan semua yang lain akan ikut serta.

Namun penegasan TPM 2 dilihat mematikan terus langkah GTA kerana fokus GPS ialah mensejahterakan rakyat, senada dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menolak sebarang cubaan GTA.

Secara logik akal, kenapa tidak Perdana Menteri dilantik dari Sarawak dan Sabah ? Kita sudah pun merdeka lebih 60 tahun.

Tetapi saya cuma mengingatkan GPS, sebagai pemimpin akar umbi di wilayah Sarawak saya cuma ingin menasihati GPS bahawa hampir keseluruhan rakyat di Sarawak tidak bersetuju Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Ekstrimis agama dan kaum walaupun kuat hanya di Semenanjung Malaysia tetapi tampaknya semakin dekat dengan Sarawak kerana media di monopoli oleh golongan yang semakin hari meniup api perkauman dan agama.

Langkah demi langkah yang cuba diusahakan oleh GTA ini semakin lama semakin menemui jalan buntu.

Sebaliknya, semakin ramai ahli parlimen pembangkang menyokong Kerajaan Perpaduan hari ini demi kestabilan politik negara.

Kepada GTA, terimalah kenyataan Kerajaan Perpaduan akan terus bertahan dan kita akan berentap semula pada PRU ke-16.

  • Tulisan di atas merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian rasmi Harapan Madani


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *