2024 Tahun Perkukuh Kestabilan Ekonomi, Politik Di Bawah PM Anwar – Andre Lai

Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Andre Lai berdoa semoga kestabilan politik terus dipelihara di bawah pemerintahan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Foto Andre Lai

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Tahun 2024 yang bakal menjengah beberapa jam lagi menjadi titik tolak kestabilan ekonomi dan politik negara di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengimbas kembali pencapaian tahun 2023, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai mengharapkan semoga ada sinar gemilang dibutirkan bersama pengharapan Tahun Baharu 2024 memasuki tahun kedua kerajaan memerintah.

Dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2024, beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju berdoa semoga kestabilan politik terus dipelihara di bawah pemerintahan Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu.

“Mewakili KEADILAN Wilayah Persekutuan, saya berharap rakyat Malaysia akan memanfaatkan tahun baharu 2024 ini dengan memperkukuhkan perpaduan, meningkatkan produktiviti dan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Andre Lai berdoa semoga kestabilan politik terus dipelihara di bawah pemerintahan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Foto Andre Lai

“Dasawarsa (tempoh sedekad) ini menyaksikan Malaysia terumbang-ambing sama ada dari segi ekonomi, politik dan sosial dan menjelang tahun baharu 2024, kepimpinan Perdana Menteri diyakini akan terus melaksanakan dasar dalam enam teras aspirasi Malaysia MADANI.

Ujar Andre, dengan pengenalan beberapa inisiatif dan dasar seperti Kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan banyak lagi, beliau yakin kesemuanya akan dilaksanakan tahun hadapan.

“Saya menyeru seluruh rakyat menyokong apa sahaja perancangan dan pelaksanaan inisiatif ekonomi berimpak tinggi bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik bagi tahun 2024.

“Kemasukan ratusan bilion ringgit pelaburan asing tidak akan bermakna jika kita sendiri tidak merebut peluang yang akan ditawarkan dalam bidang TVET dan ekonomi digital,” tambahnya.

2024 Dijangka Tahun Sibuk Malaysia Di Arena Serantau, Antarabangsa

Beliau mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 semoga perpaduan dan kemakmuran negara terus dinikmati rakyat berbilang kaum di negara ini di bawah pentadbiran Perdana Menteri sehingga PRU-16.

Tahun 2024 bakal menjadi tahun sibuk buat Anwar dengan persidangan antarabangsa seperti Sidang Kemuncak ASEAN di Laos serta Sidang Kemuncak Gerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Afrika.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *