Perdaya Kontraktor, SPRM Cekup Lelaki Beri Rasuah RM150,000

SPRM menahan lelaki yang dipercayai memberi rasuah sebanyak RM150,000 bagi sebuah projek di Beluran, Sabah. Foto Arkib

KOTA KINABALU, 26 FebSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki kerana disyaki memperdaya seorang kontraktor untuk memberikan wang rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan bagi mendapatkan projek pembaikan di sebuah sekolah di Beluran.

Lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek yang bekerja sendiri itu meminta serta menerima wang rasuah kononnya bagi membantu kontraktor berkenaan mendapatkan projek bernilai kira-kira RM1.5 juta sedangkan ia tidak wujud.

“Kejadian berkenaan dilakukan suspek sekitar 2019. Suspek menyatakan akan membantu mangsa untuk mendapatkan projek berkenaan,” katanya.

SPRM menahan lelaki yang dipercayai memberi rasuah sebanyak RM150,000 bagi sebuah projek di Beluran, Sabah. Foto Arkib

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu esok,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *