Penyokong Everton Dilarang Masuk Stadium Tiga Tahun Kerana Ejek Salah

Mohamad Salah dijangka kembali memjelang aksi menentang Brentford tidak lama lagi. Foto AFP
LONDON, 15 Feb – Penyokong Everton yang menjerit dengan kata-kata berbaur perkauman kepada penyerang Liverpool, Mohamed Salah digantung tiga tahun daripada menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.
Joel Barwise, 26, melakukan kesalahan itu ketika aksi derby di Anfield pada Oktober lalu selain mempersendakan tragedi Stadium Heysel.
Barwise turut dikenakan denda £500 (RM3,000) selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Sefton hari ini.
Pihak pendakwaraya berkata, Barwise dilihat menjerit dengan nada ejekan berbaur perkauman ketika nama Salah diumumkan sebelum perlawanan dan turut memprovokosi penyokong tuan rumah dengan mempersendakan tragedi Stadium Heysel.
Dilaporkan, tindakan Barwise dikesan petugas dan menghubungi Polis Merseyside yang menahannya selepas mengenal pasti identiti lelaki itu menerusi CCTV.

Ketika ditanya mengapa dia melakukan perkara itu, Barwise yang pada awalnya mendakwa dia menjadi mangsa salah identiti, kemudiannya mengaku salah dengan berkata: “Kerana saya bodoh.”
Pendakwaraya Angela Conlan berkata: “Joel Barwise menganggap dia penyokong setia Everton tetapi pada masa sama dia memalukan kelab. Tiada tempat dalam bola sepak untuk tingkah laku sebegini dan majoriti penyokong Everton tidak bersetuju dengan tindakannya itu,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
