Penerjun Malaysia Raih Gangsa Kejohanan Terjun Dunia 2022

BUDAPEST, 1 Jul – Gandingan penerjun wanita, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri berjaya menambah koleksi pingat kem terjun negara apabila meraih pingat gangsa menerusi acara 10 meter (m) platform seirama wanita pada Kejohanan Dunia 2022, lewat malam tadi.

Gandingan Pandelela-Dhabitah di Arena Duna di Budapest, Hungary berjaya mengumpul 298.68 mata selepas melakukan lima terjunan secara keseluruhan.

Pingat emas milik penerjun dari China menerusi gandingan juara Olimpik serta dunia, Quan Hongchan dan rakannya Chen Yuxi yang mengumpul 368.40 mata.

Pada aksi tersebut, Pandelela-Dhabitah meraih 298.68 mata keseluruhan selepas lima terjunan dan hanya dibezakan 0.72 mata sahaja berbanding pasangan Amerika Syarikat (AS), Delaney Schnell-Katrina Young yang meraih pingat perak dengan markah keseluruhan 299.40.


Pingat emas acara tersebut dimenangi pasangan China Quan Hongchan-Chen Yuxi selepas mengutip 368.40 mata.

Untuk rekod, pingat gangsa yang diraih Pandelela merupakan pingat gangsa kedua peribadi buat dirinya dalam edisi kali ini selepas terdahulu memenanginya dalam acara 10m platform individu.

Bagi Dhabitah pula, pingat tersebut merupakan yang pertama buat dirinya di Kejohanan Dunia selepas gagal melakukannya dalam tiga edisi terdahulu, pada 2015, 2017 dan 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *