Pemukiman Tiga Hari Pas Hanya ‘Repair’ Masalah Dicipta Sendiri?

Kiasan berbaur sindiran daripada Marzuki terhadap ‘pemimpin Pas’ bertaraf Naib Presiden yang gagal diselesaikan walaupun ‘pemukiman’ berlangsung selama tiga hari di Bangi.
PENDAPAT, 3 Feb – Rupanya tiada apa yang menarik atau mampu memberi apa-apa impak terutama kepada rakyat setelah selesai pemukiman kepimpinan Pas Pusat yang berakhir di Bangi selama tiga hari.
Selain dilihat hanya berpolitik 24 jam termasuk ‘mengambil kesempatan’ daripada cuti panjang sempena Hari Wilayah Persekutuan dan Thaipusam, pemukiman yang diadakan dipercayai hanya memberi fokus kepada membaiki atau ‘repair’ moral dan imej parti penunggang agama itu.
Itu pun disebabkan krisis teruk dialami bersama Bersatu dalam siri episod polemik menteri Besar Perlis dan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin secara ‘tiba-tiba’ yang dilondehkan Marzuki Mohamad hingga Pas terpaksa memohon ‘gencatan senjata’.

Walaupun dikhabarkan tiada sebarang perbincangan melibatkan hubungan dengan mana-mana parti politik lain, ia tidak dapat tidak pasti akan menyentuh ‘kehilangan’ Perlis hingga di media sosial netizen menyindir ‘dulu SG4 sekarang SG3’, merujuk kepada negeri ditadbir Pas kini tinggal Kelantan, Terengganu dan Kedah dari konteks menteri besar.
“Sejurus selesai retreat tersebut, Tuan Guru Presiden Pas dikejar media sehingga ke kenderaan bertanyakan dakwaan perbincangan hubungan Pas bersama Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin atau Bersatu.
“Jawapannya jelas, tiada. Pemukiman ini hanya membincangkan perjalanan Pas sendiri,” kata Setiausaha Politik Abdul Hadi Awang menurut lidah rasmi parti itu.

“Pemukiman itu merupakan amalan biasa Pas pada awal tahun yang melibatkan penyertaan menyeluruh kepimpinan parti, termasuk Majlis Syura Ulamak (MSU), Pas Pusat, Dewan-Dewan serta kepimpinan negeri.
“Alhamdulillah, hari ini (Ahad) sudah ‘wrap up’. Arah tuju jelas, perbincangan berjalan harmoni dan semua pihak sepakat untuk terus memperkukuh gerak kerja parti,” katanya lagi.
Tapi benarkah sudah betul-betul ‘wrap up’ atau masih lagi tidak ketahuan hala mengenai apa saja hasil ‘pemukiman’ sampai 72 jam itu?
Sebelum ini, Abdul Hadi tidak hadir ke pertemuan antara ketua parti komponen PN di kediaman Muhyiddin Yassin pada Khamis yang mencetuskan spekulasi bahawa Pas akan keluar daripada gabungan itu.
Mengulas mengenai ‘pemukiman’ itu pula, kawalan ketat terutamanya peranti elektronik tidak dibenar dibawa masuk ke dalam dewan, memungkinkan takut rakaman audio dan video ‘bocor’ yang hampir pasti merosakkan ‘strategi’ parti itu yang goyah susulan krisis Perlis dan isu siapa pengganti Muhyiddin.
Dengan ketiadaan pengganti Ahli Parlimen Pagoh sebagai pengerusi memasuki hari ke-36 secara teknikal, dan Pas pula masih belum mengemukakan calon pengganti, tiada apa manfaat atau hasil kepada PN selain hanya ‘membaiki kerosakan dalaman’ susulan pemberhentian tiga Adun Perlis dan kemudian ‘sedang diteliti’ permohonan semula mereka.
Pengaruh Bersatu Makin Lemah, Tak Mustahil Ada Ahli ‘Cabut Lari’ – Penganalisis
Jadi, jika beginilah caranya Pas menguruskan pentadbiran parti dan PN tanpa hasil meyakinkan daripada ‘pemukiman’ itu, bagaimanakah parti itu boleh diharap untuk mentadbir negara?
Usahkan sebulan, mungkin masa lebih lama terpaksa diambil untuk menyelesaikan isu pengerusi PN kerana jika salah pilih atau percaturan, PN bakal kehilangan banyak kerusi parlimen dan Dun pada Pilihan Raya Umum ke-16 dalam tempoh kurang dua tahun dari sekarang.
Nampak macam nak ‘repair’ tapi sebenarnya tak ada apa pun yang selesai ‘direpair’, begitukah Pas sekarang?
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
