Pengaruh Bersatu Makin Lemah, Tak Mustahil Ada Ahli ‘Cabut Lari’ – Penganalisis

Abul Jais percaya penyokong Bersatu sudah tidak melihat adanya hala tuju parti ke hadapan susulan kemelut melanda Perikatan Nasional (PN) bersama Pas.

PENDAPAT, 2 Feb – Amatlah tidak mustahil mana-mana penyokong parti politik mengalih sokongan kepada parti politik yang dilihat stabil atau kurang ‘kontroversi’ disebabkan parti lama mereka mempunyai masalah yang semakin rumit untuk diselesaikan.

Menurut pemerhati politik, keadaan ini berlaku atas pelbagai faktor lain seperti kekurangan dana daripada badan perhubungan negeri atau menghadapi krisis keyakinan serius termasuk kemungkinan gabungan parti lama mereka bakal dikenakan tindakan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menganggap ia lumrah dalam arena politik, Abul Jais Ashfaq Ahmed percaya penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah tidak melihat adanya hala tuju parti ke hadapan susulan kemelut melanda Perikatan Nasional (PN) bersama Pas.

Muhyiddin dilihat sedang cuba memberi tekanan kepada Hamzah walaupun berstatus Ketua Pembangkang dan Timbalan Presiden Bersatu menjelang mesyuarat jam 8 malam 29 Januari 2026.

“Peluang dan kesempatan sentiasa tetap ada bagi mana-mana pihak mengalihkan sokongan kepada parti lawan dan ini tidak boleh menghalang perkembangan parti yang sudah pun dilihat stabil dan mampu memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

“Jadi oleh sebab itu, contohnya penyokong tegar Bersatu pun boleh memilih untuk meninggalkan parti dan memilih untuk menyertai parti lebih stabil seperti DAP atau KEADILAN yang mempunyai organisasi lebih kukuh selain menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Realiti di depan yang tidak disedari Bersatu ialah mereka bakal dipencilkan dalam PN terutama Pas yang sudah tidak boleh lagi ‘bersabar’ dengan karenah Muhyiddin yang masih lagi mahu menguasai PN serta mengurangkan pengaruh Pas dalam gabungan itu,” katanya.

Muhammad Najmi Samsudin mendakwa mereka menyatakan hasrat untuk menyertai DAP susulan kemelut dihadapi Bersatu.

Abul Jais turut melihat pengaruh Bersatu semakin hilang di peringkat akar umbi setelah beberapa perkembangan baharu krisis antara Muhyiddin dan Hamzah Zainudin merosakkan imej parti itu di mata masyarakat.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Cawangan Wangsa Permai, Kepong Muhammad Najmi Samsudin mendakwa mereka menyatakan hasrat untuk menyertai DAP susulan kemelut dihadapi Bersatu.

“Ada beberapa pimpinan Bersatu Selangor datang berjumpa saya menyatakan hasrat menyertai parti.

“Selepas memberikan penerangan tentang parti dan berjaya memahamkan mereka, saya kata, OK, saya alu-alukan mereka untuk menyertai DAP asalkan mereka ikhlas.

Selain Muhyiddin, beberapa pemimpin Bersatu yang meletak jawatan termasuk Azmin Ali, Ahmad Faizal Azumu dan Sharudin Jamal turut ‘diketepikan’ daripada pelawaan mesyuarat Perikatan Nasional atas alasan tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam PN.

“Kata mereka, Bersatu amat berserabut pada masa ini. Selain bergaduh dengan Pas dalam Perikatan Nasional (PN), mereka terkesan dengan konflik antara Muhyiddin bersama Azmin Ali dan kumpulan Hamzah Zainuddin,” katanya dalam hantaran di Instagram miliknya.

Najmi berkata, dia akan menguruskan kemasukan besar-besaran pemimpin dan akar umbi Bersatu Selangor ke dalam DAP.

“Saya akan uruskan kemasukan besar-besaran pimpinan dan akar umbi Bersatu Selangor ke dalam DAP dalam masa terdekat. Demi mengukuhkan kedudukan DAP menjelang PRU-16 dari segi sokongan undi Melayu.

Pergolakan Pas, Bersatu Akibat Kebodohan Masing-Masing

“Kita tidak mampu lagi nak biarkan orang-orang Melayu diperkotak-katikkan di persada politik negara oleh segelintir pemimpin yang rakus dan selalu memanipulasi kaum sendiri untuk kepentingan politik mereka,” katanya lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *