Pelantikan Azman Abidin Mampu Perkasa KEADILAN Wilayah Persekutuan – Andre Lai

Poster ucapan tahniah kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin daripada Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai pada Ahad. Foto Facebook Andre Lai

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Pelantikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Wilayah Persekutuan yang baharu diyakini mampu memberi suntikan baharu kepada pemerkasaan parti bagi jangka masa panjang.

Keyakinan itu disuarakan Naib Pengerusi MPN KEADILAN Wilayah Persekutuan Andre Lai yang turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Bandar Tun Razak.

“Tahniah Datuk Azman sebagai Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Poster ucapan tahniah kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin daripada Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai pada Ahad. Foto Facebook Andre Lai

Mengulas lanjut, Andre Lai yang juga Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju berkata dengan pengalaman beliau mengendalikan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) semasa ketiadaan menteri dalam tempoh setahun lalu menyerlahkan sisi kepimpinannya dalam menerajui hal-ehwal ibu kota, Putrajaya dan Labuan.

Beliau juga terbabit aktif dalam membantu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Setiausaha Politik dalam menguruskan koordinasi antara Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan JWP sebelum pelantikan menteri pada Disember lalu.

Terdahulu pelantikan Azman disahkan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan pada Ahad.

Beliau menggantikan Rafizi Ramli yang digugurkan di Wilayah Persekutuan dan Johor dalam rombakan pengerusi di beberapa negeri antaranya Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sabah.

Turut digugurkan ialah Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad di Kelantan dan Terengganu, Amirudin di Pahang serta Sangkar Rasam di Sabah.

Harapan MADANI juga turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Azman sebagai pengerusi baharu MPN Wilayah Persekutuan.

“Kami mendoakan agar kepimpinan Datuk Azman kekal istiqamah meneruskan pemerkasaan parti di Wilayah Persekutuan agar lebih dhormati dan disegani sekali gus memperkukuhkan posisi parti dalam Kerajaan Perpaduan,” kata kenyataan itu.

Rafizi Digugur Pengerusi MPN Johor, Wilayah Persekutuan; Mustapha Terajui Sabah

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *