Rafizi Digugur Pengerusi MPN Johor, Wilayah Persekutuan; Mustapha Terajui Sabah

Rafizi Ramli (kiri) digugurkan daripada menjadi pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan Johor, manakala di Sabah, Sangkar Rasam digantikan oleh Mustapha Sakmud.

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengumumkan pelantikan ketua-ketua negeri baharu hari ini, dengan Timbalan Presiden Mohd Rafizi Ramli digugurkan di dua buah negeri dan tidak lagi mengetuai KEADILAN Wilayah Persekutuan dan Johor.

Rafizi digantikan oleh setiausaha politik Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Azman Abidin di Wilayah Persekutuan, dan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh di Johor.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Pengerusi KEADILAN Sabah menggantikan Sangkar Rasam.

Rafizi Ramli (kiri) digugurkan daripada menjadi pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan Johor, manakala di Sabah, Sangkar Rasam digantikan oleh Mustapha Sakmud.

Sangkar sebelum ini didesak berundur oleh 15 daripada 26 ketua bahagian di Sabah, namun beliau enggan berbuat demikian, mendorong campur tangan Anwar.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara hidup Fuziah Salleh mengambil alih jawatan Pengerusi KEADILAN Pahang daripada Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin, naib presiden parti, akan terus menerajui Selangor.

Seorang lagi naib presiden parti, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak lagi mengetuai KEADILAN Kelantan dan Terengganu, digantikan masing-masing oleh Suparadi Md Noor dan Ahmad Nazri Yusof.

Kepimpinan negeri lain dikekalkan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil berkata, perubahan kepimpinan negeri ini diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti hari ini.

Pada mesyuarat itu, katanya, pucuk pimpinan parti turut membincangkan tahap kesiapsiagaan jentera bagi menghadapi PRK DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang, yang dijangka diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff daripada Pas, pada Jumaat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *