Pegawai Kanan Polis Antara Lima Ditahan Terima Rasuah RM9,000

Pengarah SPRM Pulau Pinang, S Karunanithy mengesahkan penahanan kelima-lima suspek dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

GEORGE TOWN, 1 Sep – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota polis termasuk seorang pegawai kanan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM9,000, sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang pemilik bengkel kerana memiliki motosikal curi.

Sumber berkata, semua suspek lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan antara jam 2 hingga 5 petang hari ini ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.

“Siasatan awal mendapati semua mereka dipercayai bersubahat dalam perbuatan itu yang berlaku Jumaat lalu, semasa satu operasi di sekitar Seberang Perai.

“Seorang daripada mereka disyaki meminta dan menerima wang tunai daripada seorang pemilik bengkel motosikal yang terlibat dalam operasi tersebut,” kata sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, S Karunanithy mengesahkan penahanan kelima-lima suspek dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, semua suspek ditahan selama 24 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *