Paris 2024: Kemaraan Azizulhasni Diteruskan Ke Peringkat 1/8 Acara Pecut

Keputusan saringan ketujuh antara Datuk Azizulhasni Awang yang menewaskan Hamish Turnbull dengan catatan 9.866 saat di Sukan Olimpik Paris 2024 sebentar tadi.

PARIS, 7 Ogos – Jaguh berbasikal negara Datuk Azizulhasni Awang mempamerkan kayuhan mantap bagi meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir acara pecut lelaki apabila mengatasi pelumba Great Britain Hamish Turnbull pada pusingan 1/16 acara pecut lelaki dengan catatan 9.866 saat.

Catatan tersebut yang dibuat pada saringan ketujuh itu sudah cukup melayakkan Azizulhasni membuat pertarungan di peringkat berkenaan kira-kira jam 1.38 pagi ini waktu Malaysia.

Terdahulu Azizulhasni mara setelah menewaskan jaguh dari Jerman, Luca Spiegel di pusingan pertama.

Paris 2024: Azizulhasni Mara, Shah Firdaus Akur Ke Repechage

The Pocket Rocketman itu mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi saringan ke-10 dengan catatan 9.885 saat (s), sekali gus melayakkan jaguh berbasikal trek negara itu untuk bersaing pada pusingan 1/16 yang berlangsung sebentar tadi.

Seorang lagi pelumba negara, Mohamad Shah Firdaus Sharom terpaksa bersaing dalam pusingan repechage apabila tewas kepada peserta Israel Mikhail Iakovlev pada pusingan pertama.

Sementara itu pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri tidak berjaya ke suku akhir acara keirin selepas menduduki tempat ketiga dalam saringan pertama pusingan repechage di Saint Quentin en Yvelines, Paris sebentar tadi.

Dalam saingan tersebut, Nurul Izzah dilihat sedikit terkepung di dalam kelompok pelumba, sekali gus menyaksikan dia terpaksa akur menamatkan aksi di kedudukan ketiga.

Kayuhan mantap Datuk Azizulhasni Awang di hadapan penonton semasa menewaskan pelumba Jerman pada saingan 1/32 malam tadi. Foto Majlis Sukan Negara

Hanya dua pelumba terpantas daripada pusingan tersebut layak ke suku akhir iaitu pelumba dari Kanada, Kelsey Mitchell dan Katy Marchant dari Great Britain.

Sebelum itu, Nurul Izzah mengakhiri saingan awal keirin di tempat keempat dan tidak layak secara automatik ke suku akhir.

Dalam pusingan pertama saringan kelima, Nurul Izzah terpaksa bersaing dengan jaguh dunia lain seperti wakil dari Britain Emma Finucane dan Lea Friedrich (Jerman).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *