Ucapan Tahniah Daripada PM Anwar Kepada Finalis Pingat Pendidikan Asia 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Shahnaz Al-Sadat yang tercalon sebagai 10 finalis Pingat Pendidikan Asia 2024. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pakar transformasi pendidikan, Shahnaz Al-Sadat yang tercalon sebagai 10 finalis Pingat Pendidikan Asia 2024.

Perdana Menteri berkata anugerah yang julung kali diperkenalkan itu bertujuan memberikan penghargaan kepada individu dengan pencapaian cemerlang, memiliki ciri kepemimpinan dan menyumbang kepada bidang pendidikan.

“Tahniah dan syabas kepada saudari Shahnaz Al-Sadat yang tercalon sebagai 10 finalis bagi Pingat Pendidikan Asia.

Wakil negara Shahnaz Al-Sadat terpilih antara 10 finalis Pingat Pendidikan Asia 2024.

“Semoga pencapaian ini membakar semangat saudari dan juga warga pendidik lain agar terus memartabatkan serta memajukan lagi sistem pendidikan di Malaysia,” kata Perdana Menteri melalui akaun X.

Shahnaz adalah Pengerusi LeapEd Services iaitu perusahaan sosial yang berperanan sebagai penyedia perkhidmatan pendidikan tempatan pertama di Malaysia.

Melalui LeapEd, beliau melaksanakan program transformasi pendidikan dan projek yang menyokong sistem, pemimpin sekolah, guru, murid, ibu bapa sehingga ke peringkat komuniti.

Laman web Pingat Pendidikan Asia memaparkan 10 calon akhir anugerah itu berserta latar belakang masing-masing.

Selain Shahnaz, calon lain adalah Yuhyun Park mewakili Singapura, Shinichi Yamanaka dari Jepun dan Pranav Kothari (India).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *