Paris 2024: Azizulhasni Mara, Shah Firdaus Akur Ke Repechage

Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang (kiri) mara ke pusingan kedua acara pecut lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mengatasi wakil Jerman, Luca Spiegel di pusingan pertama. Foto Reuters

PARIS, 7 Ogos – Pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mara ke pusingan kedua acara pecut lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mengatasi wakil Jerman, Luca Spiegel di pusingan pertama, sebentar tadi.

Pada perlumbaan di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome itu, kayuhan bertenaga dipamerkan Azizulhasni untuk memenangi saringan ke-10 dengan catatan masa 9.885 saat (s).

Paris 2024: Azizulhasni Pecah Rekod Kebangsaan, Layak Ke Pusingan Seterusnya

Terdahulu, Azizulhasni yang dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ memecahkan rekod kebangsaan bagi acara pecut individu apabila mencatatkan masa 9.402 saat (s) pada sesi kelayakan, petang tadi.

Seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sharom terpaksa bersaing dalam pusingan repechage apabila tewas kepada Mikhail Iakovlev pada pusingan pertama.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *