PM Anwar Sampaikan Sumbangan Kepada Aktivis Reformasi Kota Raja

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diwakili Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi menyerahkan sumbangan kepada Mohd Shamsuri bagi meringankan beban kewangan keluarga berkenaan. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang aktivis reformasi di Kota Raja, Klang dan keluarganya bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup mereka, sekali gus mengurangkan tekanan kewangan keluarga itu.
Sumbangan tersebut disampaikan menerusi Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang berkunjung ke kediaman Mohd Shamsuri Alias baru-baru ini yang diuji dengan cabaran.

“Baru-baru ini, Setiausaha Politik saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya ke Klang untuk menziarahi saudara Mohd Shamsuri Alias, aktivis reformasi yang telah bergiat aktif bersama KEADILAN cabang Kota Raja sejak awal penubuhan parti.
“Dalam Ziarah MADANI ini, saudara Farhan sempat menyampaikan salam saya serta bertanyakan khabar kepada saudara Shamsuri yang kekal tabah berdepan ujian, selain tekal dalam perjuangan.

“Saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak saya kepada saudara Shamsuri dan keluarganya bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup mereka, sekali gus mengurangkan tekanan kewangan mereka.
“Jasa dan pengorbanan para aktivis reformasi yang telah berjuang sejak era reformasi 1998 akan sentiasa dalam ingatan, Insya-Allah,” ujarnya di Facebook pada Khamis.
Baru-baru in juga Anwar turut mewakilkan Ahmad Farhan menyerahkan sumbangan kepada seniwati Safiah Ibrahim yang ditimpa kesihatan kurang memuaskan dan bekas wartawan alam sekitar TV3 Karam Singh Walia di kediaman masing-masing di Kuala Lumpur.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
