Mengapa Arsenal Takkan Pakai Jersi Merah Menentang Liverpool?

Arsenal tidak akan memakai jersi merah walaupun menentang Liverpool di laman sendiri awal pagi Isnin. Foto Evening Standard

LIVERPOOL, 5 Jan – Pendahulu Liga Perdana Inggeris Liverpool akan berdepan Arsenal pada pusingan ketiga Piala FA di Emirates hujung minggu ini, dengan tuan rumah tidak akan menyarung jersi merah putih mereka.

The Reds akan memulakan kempen untuk merampas kembali trofi yang pernah dijulang di Emirates pada tahun 2022 Ahad ini, kali keenam mereka berdepan pesaing kejuaraan liga di peringkat sama sejak tujuh musim lalu.

Skuad kendalian Mikel Arteta turun sebagai tuan rumah, tetapi mereka tidak akan memakai jersi merah putih untuk perlawanan kali ini.

Buat pertama kali dalam sejarah kelab, The Gunners tidak akan menyarung jersi merah sebagai tuan rumah, tetapi akan memakai jersi serba putih bertemu Liverpool nanti.

Ia adalah sebahagian usaha kelab dalam mempromosi kempen “Tiada Lagi Merah” bagi menentang keganasan, kali ketiga mereka menyarung jersi itu sejak tiga musim lalu.

Arsenal tidak akan memakai jersi merah walaupun menentang Liverpool di laman sendiri awal pagi Isnin. Foto Evening Standard

Liverpool kendalian Jurgen Klopp pula akan memakai jersi berwarna ungu, bagi menyokong kempen berkenaan walaupun mereka boleh menggunakan jersi merah sedia ada.

Kali pertama Arsenal turun dengan jersi serba putih, mereka tewas 1-0 di tangan Nottingham Forest pada tahun 2022.

Setahun kemudian, anak buah Arteta meraih kemenangan 3-0 ke atas Oxford United di tempat lawan.

Liverpool berharap dapat mengulangi perjalanan ke Wembley yang menyaksikan mereka meraih kejuaraan domestik berganda pada musim 2021-22. – AGENSI


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *