Marudi ‘Terputus’ Hubungan Dengan Dunia Luar

Kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dipercayai punca gentian fiber terpotong menyebabkan pekan Baram ‘terputus’ hubungan dengan dunia luar beberapa jam. Foto Arkib

MARUDI, 29 Sep – Hampir keseluruhan kawasan di pekan Marudi mengalami masalah gangguan telekomunikasi sejak 10.30 pagi Jumaat.

Menurut sumber yang dihubungi, gangguan itu berpunca daripada pemotongan gentian di salah sebuah menara yang terletak berhampiran projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB).

“Bekalan kuasa bagaimanapun berjaya dipulihkan pada jam 2 petang hari ini,” katanya lagi.

Pekan Marudi telah menyaksikan kebanjiran ribuan pengunjung sejak kelmarin yang berada di sini untuk menyaksikan Regata Baram 2023.

Kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dipercayai punca gentian fiber terpotong menyebabkan pekan Baram ‘terputus’ hubungan dengan dunia luar beberapa jam. Foto Arkib

Pelancaran Regata Baram yang merupakan perlumbaan perahu tertua di negeri ini, juga dikenali sebagai ibu segala regata, akan diadakan esok (30 September).

Kira-kira 300 peserta dijangka memeriahkan regata ini dengan proses penyertaan tidak terjejas biarpun isyarat telekomunikasi terjejas kira-kira empat jam.

Siasatan lanjut dan langkah-langkah pencegahan sedang dilakukan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *