Lelaki Maut Motosikal Rempuh Tebing Konkrit

Mangsa disahkan maut di lokasi selepas motosikalnya melanggar tebing konkrit pejalan kaki di Jalan Putra Mas, Telipok, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU, 7 Ogos – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu melanggar tebing konkrit pejalan kaki di Jalan Putra Mas, Telipok, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kejadian jam 8.28 malam itu menyebabkan mangsa berumur 22 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dari arah Jalan Pan Borneo menuju ke pusat bandar raya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa terbabas di Jalan Putra Mas, Telipok.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan motosikal yang ditunggang mangsa terbabas ke tepi kanan jalan dipercayai laju lalu melanggar tebing konkrit pejalan kaki.

“Impak kemalangan itu,m menyebabkan motosikal mangsa rosak pada bahagian hadapan, manakala mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media di sini

Menurutnya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *