Lelaki Maut Kereta Dihempap Batu Jatuh Dari Bukit

Bomba mengeluarkan mangsa dihempap batu tengah hari semalam. Foto JBPM Sabah
TENOM, 21 Feb – Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dinaikinya dihempap batu yang jatuh dari atas bukit di Kuala Tomani, Mansaam, di sini, semalam.
Mangsa, 65, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Hamsa Isnurdini memberitahu; sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.27 tengah hari, sepasukan anggota bomba digegaskan ke tempat kejadian.
Sebaik tiba, pasukan bomba mengeluarkan mangsa daripada kenderaan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi ditamatkan pada pukul 3.22 petang.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
