Lelaki Maut Dalam Kejadian Tembak-Menembak Dengan Polis

Seorang lelaki maut di dalam kereta Proton Saga dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Kechil, Napoh dekat Jitra petang tadi.

JITRA, 16 Feb – Seorang lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bukit Kechil, Napoh dekat sini pada petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, suspek berketurunan Cina ditemui mati di tempat duduk pemandu kereta jenis Proton Saga dalam keadaan berlumuran darah.

Kejadian berbalas tembakan melibatkan sepasukan polis yang dalam tugas rondaan Op Laras.

Suspek ketika kejadian bersenjatakan sepucuk pistol.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh turut berada di lokasi kejadian dan dijangka mengadakan sidang akhbar sebentar lagi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *