Lelaki Cedera Parah Kereta Rempuh Tiang Elektrik Di Miri

Anggota bomba memeriksa keadaan di lokasi kemalangan maut di jalan pesisir Miri-Bintulu pada Ahad. Foto JBPM Sarawak

MIRI, 12 Ogos – Seorang lelaki cedera parah apabila kereta dipandunya terbabas lalu merempuh tiang elektrik berhampiran simpang sebuah ladang di Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu dekat sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah digerakkan ke lokasi susulan panggilan kecemasan diterima jam 8.39 malam.

“Setiba di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan berhampiran sebuah ladang di Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu membabitkan sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun yang terbabas ke tepi jalan dan melanggar tiang elektrik.

“Mangsa cedera parah dan tidak sedarkan diri dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap itu, pasukan bomba memasang ‘cervical collar’ dan memindahkan mangsa ke atas pengusung sementara menunggu pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiba di lokasi.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *