Lelaki Acu Pistol Terhadap Polis Ditahan

Suspek berjaya ditahan selepas bertindak mengacukan pistol kepada polis.
KUCHING, 19 Jun – Seorang individu yang disyaki mengacukan sepucuk pistol semasa memandu sebuah kereta kepada polis berjaya ditahan.
Apa yang kelihatan seperti sepucuk pistol jenis Airsoft turut dirampas daripada suspek.
Penahanan itu telah disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Negeri, Dato’ Mancha Ata hari ini.
“Ya, (suspek) baru sahaja ditahan. Suspek telah ditahan dan pistol Airsoft itu masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, namun beliau tidak mendedahkan jantina suspek serta bila dan di mana tangkapan itu dilakukan hari ini.
Drama itu tercetus apabila satu video dan beberapa gambar suspek tular di Facebook hari ini.
Butiran lanjut mengenai jumlah peluru yang ditemukan serta motif suspek membawa pistol berkenaan sedang disiasat.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
