Lagenda Liverpool Latih Kelab Divisyen Dua Arab Saudi

Robbie Fowler menandatangani kontrak setahun bersama kelab divisyen dua Arab Saudi, Al-Qadsiah. Foto Twitter Al-Qadsiah Saudi Club

LONDON, 30 Jun – Robbie Fowler dilantik sebagai jurulatih kelab divisyen dua Arab Saudi, Al-Qadsiah pada Khamis.

Al-Qadsiah, yang berakhir di tangga ke-11 musim lalu, menyiarkan gambar dalam Twitter lagenda Liverpool dan jurulatih berusia 48 tahun itu bersama skaf kelab sedang menandatangani kontrak.

Kelab itu, yang tersingkir daripada Liga Pro Saudi pada 2020-21, tidak memberikan butiran terperinci mengenai kontrak namun media tempatan melaporkan ia hanya bagi semusim.

Fowler, yang beraksi 26 kali bersama England, adalah salah seorang penyerang terbaik dalam Liga Perdana Inggeris, menjaringkan 183 gol dalam 369 perlawanan ketika dua tempoh karier di Liverpool.

Robbie Fowler menandatangani kontrak setahun bersama kelab divisyen dua Arab Saudi, Al-Qadsiah. Foto Twitter Al-Qadsiah Saudi Club

Beliau turut beraksi bersama beberapa kelab lain termasuk Leeds United dan Manchester City.

Fowler bagaimanapun tidak meraih kejayaan seperti sebagai pemain dalam karier kejurulatihannya, sesudah mengurus kelab Thailand, Muangthong United, Brisbane Roar (Australia) dan East Bengal (India).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *