KPM Sedia Beri Kerjasama Kes Pelajar Maut Dipukul Di Lahad Datu

Mayat mangsa pelajar dipukul berusia 17 tahun ditemukan di bilik asrama sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah pada Jumaat.

LAHAD DATU, 23 MacKementerian Pendidikan (KPM) bersedia memberi kerjasama penuh dalam kes pelajar lelaki maut dibelasah rakan di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah, semalam.

KPM dalam kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera dalam memberi bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa.

Selain itu, jelas KPM, pihaknya juga turut menawarkan sokongan psikososial kepada keluarga, pelajar lain, guru dan seluruh warga kolej.

“KPM menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan. KPM menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga mangsa.

Mayat mangsa pelajar dipukul berusia 17 tahun ditemukan di bilik asrama sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah pada Jumaat.

“KPM tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya,” kata kenyataan itu tadi.

Semalam media melaporkan, seorang pelajar lelaki sebuah kolej vokasional ditemui mati dalam bilik asrama dipercayai akibat dibelasah rakan awal pagi semalam.

Muhd Nazmie Aizat, ditemui warden asrama yang bertugas pada pukul 6.50 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pengarah kolej terbabit.

Pelajar Maut Di Bilik Asrama Dipercayai Dipukul, 13 Pelajar Ditahan

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan Hospital Lahad Datu.

Susulan itu 13 pelajar berusia antara 16 hingga 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan manakala satu rampasan alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkait dengan siasatan kes ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *