Klopp Tewaskan Arteta, Guardiola Rangkul Pengurus Terbaik PL Bulan Januari

Bos Liverpool Jurgen Klopp memegang anugerah penghargaan sebagai pengurus terbaik Liga Perdana Inggeris (PL) bagi bulan Januari 2024. Foto Liverpool FC

LONDON, 20 FebPengendali Liverpool, Jurgen Klopp dinamakan sebagai pengurus terbaik bagi bulan Januari oleh Persatuan Pengurus Liga.

Ini merupakan anugerah ke-10 yang diraih dalam musim terakhir beliau sepanjang mengemudi kelab Merseyside itu sejak 2015.

Kejayaan beliau hadir selepas menewaskan Newcastle United dan Bournemouth biarpun tewas di tangan The Gunners.

Menurut laman Facebook rasmi kelab itu, Klopp menewaskan pengurus Arsenal Mikel Arteta, bos Luton Town Rob Edwards saingan terkuatnya di Manchester City Pep Guardiola.

Klopp mengemudi The Reds sehingga berjaya menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (PL) buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun pada musim 2019/2020.

Bos Liverpool Jurgen Klopp memegang anugerah penghargaan sebagai pengurus terbaik Liga Perdana Inggeris (PL) bagi bulan Januari 2024. Foto Liverpool FC

Liverpool juga kini mengungguli liga dengan 57 mata selepas 25 perlawanan selepas membelasah Brentford 4-1 di gelanggang lawan pada Sabtu.

Pemenang diundi oleh barian pengurus kelab lain.

Pada 2020, bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menyifatkan, Klopp layak dianugerahkan penghargaan sebagai pengurus tahun itu atas kerja keras menaikkan semula nama Liverpool.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *