Kes Zara: Guru Bahasa Inggeris Dakwa Masuk ‘Mesin Basuh’ Terima Padah

Guru Bahasa Inggeris, Siti Hajar Aflah Sharuddin, 39, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan menimbulkan kegentaran awam mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan pada 21 Ogos 2025. Foto Rakyat Insight
SEPANG, 21 Ogos – Tuduhan tidak berasas kononnya Allahyarham Zara Qairina Mahathir dimasukkan ke dalam mesin basuh membawa padah apablila seorang Bahasa Inggeris wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Bagaimanapun Siti Hajar Aflah Sharuddin, 39, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan menimbulkan kegentaran awam mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan itu dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membuat kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam dan boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Ibu tunggal itu didakwa membuat kenyataan di akaun Tiktok miliknya ‘SHA_Abrienda’ pada jam 1.20 petang, 6 Ogos lalu.
Kenyataan itu dilihat dan didengar oleh seorang anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, di sini.
Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Sebelum ini, media melaporkan Zara Qairina yang juga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Sabah, ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah jam 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya.
Kematian Allahyarham mencetuskan perhatian umum apabila ia pada peringkat awal diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini membuka 15 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan kematian pelajar tingkatan satu itu termasuk dakwaan kononnya mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
