Penubuhan Kementerian Undang-Undang Dalam Pertimbangan Kerajaan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Kaedah terbaik dalam memperkukuh struktur perundangan termasuk cadangan penubuhan Kementerian Undang-undang sedang dipertimbangkan secara serius, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika merasmikan penutupan Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini, Perdana Menteri berkata, ia merupakan satu langkah untuk memastikan ekosistem undang-undang nasional lebih tersusun.

“Cara tersebut juga membolehkan Malaysia bekerjasama dengan lebih berkesan bersama rakan serantau dalam memperkasa kedaulatan undang-undang,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said selaku tuan rumah forum undang-undang serantau itu.

Tambah Anwar, dalam semangat pembaharuan ini, ASEAN juga mesti terus melabur dalam bantuan perundangan bersama, memperkukuh mekanisme penyelesaian pertikaian, dan menghadapi cabaran baharu dalam tadbir urus digital serta pengawalseliaan kecerdasan buatan (AI).

“Ini bukanlah reformasi abstrak, tetapi tindakan membina kepercayaan, memastikan ASEAN kekal relevan dan berdaya tahan dalam dunia yang cepat berubah,” ujarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Forum kali ini mengangkat tema ‘Meningkatkan Akses kepada Keadilan dalam Komuniti Ekonomi ASEAN: Merapatkan Kerjasama Undang-Undang untuk Pertumbuhan Inklusif dalam Era Digital’.

Anwar berkata keterangkuman bermaksud undang-undang mesti berkhidmat kepada setiap individu, setiap komuniti, dan setiap generasi kerana keadilan tidak memadai wujud hanya sebagai prinsip, ia mesti dirasai dalam kehidupan rakyat kita.

“Undang-undang mesti memperkasa dan melindungi, bukannya menakut-nakutkan atau mengecualikan. Kelestarian pula bermaksud membina sistem dan institusi perundangan yang mampu bertahan dalam ujian masa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kekuatan sebenar sesebuah kerajaan tidak terletak pada sejauh mana kuasanya, tetapi pada integriti institusinya, keadilan dalam tadbir urus, dan kepercayaan yang diperoleh daripada rakyatnya,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, ketegangan di sempadan Thailand dan Kemboja yang kembali reda apabila kedua-dua pihak bersetuju mengadakan genjatan senjata membuktikan kejayaan Malaysia sebagai pengantara.

Beliau berkata, ini bukan sahaja kejayaan diplomasi, tetapi juga peringatan bahawa meskipun dalam saat-saat genting, ASEAN mampu mengatasi perpecahan dan menegaskan peranannya sebagai penjaga keamanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *