‘Kena Terima Cara Hidup Artis Jika Nak Kahwin Dengan Mereka’

Jadikan anak-anak itu sebagai kawan baik, sebagai rakan kita dan selalunya mendekati anak-anak walau sesibuk manapun - Raja Azura.

SHAH ALAM, 11 Sep – Pelakon dan pengacara, Raja Azura, 53, menasihati sesiapa yang ingin berkahwin dengan selebriti untuk menerima dengan hati terbuka kehidupan artis yang selalu menjadi sorotan umum.

Jelas Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, artis adalah hak masyarakat dan normal sekiranya khalayak turut memperkatakan sisi peribadi mereka.

“Kepada sesiapa juga yang nak berkahwin dengan artis, kena faham. Mereka kena tahu diri artis itu bahawa dia adalah kepunyaan peminat.

“Jadi, jangan nak persoalkan mengapa mahu hebohkan apa yang dilakukan. Sebagai artis kita tak boleh elak benda-benda itu. Cuma, kita boleh kawal cara penerimaan untuk selalu positif,” katanya.

Raja Azura berkata demikian bagi menjelaskan segala publisiti yang diperoleh bukanlah sengaja dilakukan sebaliknya disebabkan status dirinya sebagai selebriti.

Raja Azura berkata demikian bagi menjelaskan segala publisiti yang diperoleh bukanlah sengaja dilakukan sebaliknya disebabkan status dirinya sebagai selebriti.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perjalanannya sebagai ibu tunggal membesarkan tiga orang anak, Raja Azura menjadikan sifat ikhlas sebagai kunci utama untuk menguatkan diri.

“Dalam hidup ini, bila kita ikhlas, Allah reda dengan keikhlasan kita.

“Tapi, sejauh mana keikhlasan itu? Keikhlasan bukan sahaja jaga anak-anak, tapi keikhlasan dalam bekerja, keikhlasan dalam mengharungi pengorbanan kita sebagai ibu bapa dan suami isteri.

“Yang paling penting, jangan membenci pasangan kita. Walaupun apa yang berlaku kepada kita, kita buang jauh-jauh.

“Kita benda-benda yang negatif, ambil yang positif sahaja dan jangan membuka aib,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Rabu.

Sementara itu, bekas penyampai radio Suria FM itu turut berkongsi tips membesarkan anak-anak iaitu untuk selalu mengingatkan mereka mentaati suruhan Allah.

“Pertama sekali, kena taat kepada Allah SWT. Kedua, rapatkan diri dengan anak-anak. Jadikan anak-anak itu sebagai kawan baik, sebagai rakan kita dan selalunya mendekati anak-anak walau sesibuk manapun. Selalu dengar luahan mereka.

“Jangan guna kuasa veto sebagai seorang ibu. Kuasa veto itu akan dikeluarkan apabila ada saat genting sahaja. Yang lain, kita beri mereka peluang dan ruang.

“Cuma, sebagai ibu, kita pantau supaya mereka berada di landasan yang betul,” katanya.

Terdahulu, Raja Azura hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bersama peguam, Mohammad Amirul Hanizan untuk memfailkan permohonan kebenaran perlaksaan penghakiman berkaitan nafkah.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *