Warganet Puji PDRM Tangkas Bertindak Kes Kekecohan Kampung Baru

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam insiden serangan menyebabkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi cedera pada 11 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 11 Sep – Kepantasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu disyaki melakukan kekecohan yang berlaku ketika operasi pengosongan 37 unit kediaman di Kampung Sungai Baru, mendapat pujian warganet.
Rata-rata mereka memuji tindakan pihak berkuasa menangkap mereka yang menjadi petualang kepada kekecohan yang tidak sewajarnya berlaku sekiranya mereka akur dengan perintah mahkamah dan mematuhi undang-undang di laman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Yang luka berdarah tu level Ketua Polis Daerah tau pun berani dorang ni buat gitu. Padahal tu arahan mahkamah untuk robohkan rumah kat situ. Bailif mahkamah pun hadir di tempat kejadian. Aku harap kena penjara lah yang buat ganas ni,” tulis Adam Mohd.
Azlan Ishak menyokong tindakan polis dengan menulis “Kasi kutip…polis kena siasat sekor² puak yg mengganas tu..mesti byk datang dari pentaksub politik Dari gengs x cukoppp jumlohhhh yg memang tujuan nak Ambil kesempatan utk mencari political mileage bodoh…harap polis jgn bagi muka pd puak pelampau ni….,” katanya.
Sementara Cikgu Sazana berkata, “PMX harus bertindak sekarang , mereka sudah hancurkn kuasa mutlak kerajaan dan negara..Pas khawarij patut diharamkan”.
Warganet bernama Tok Abah pula mencatatkan “Tangkap penjenayah² tersebut atas pertuduhan menganggu dan menghalang Penjawat Awam menjalankan tugas, dengan sengaja mencederakan Penjawat Awam dalam menjalankan tugas dan menghina Mahkamah dan perhimpunan haram..”.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata operasi pengosongan tersebut dibuat berdasarkan undang-undang selepas Mahkamah mengeluarkan perintah yang sah, termasuk pampasan yang telah dibayar kepada pihak berkaitan.
“Untuk makluman semua ada tiga tangkapan, tapi perkara ini pada saya adalah suasana yang mungkin merasakan tidak puas hati dan sebagainya tapi tindakan ini kita buat berdasarkan undang-undang.
“Kita menguatkuasakan undang-undang sebab mahkamah telah mengeluarkan perintah pampasan telah dibayar dan sebagainya mungkin ada sedikit perkara yang tidak memuaskan hati pihak-pihak tertentu,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


