Kekalkan Kebersihan Dan Keindahan Negeri Sembilan – Aminuddin

PORT DICKSON, 30 Okt – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru seluruh rakyat agar bersama-sama menjaga, memulihara dan mengindahkan alam persekitaran sepanjang masa kerana ia merupakan tanggungjawab bersama.

Tugas memelihara alam sekitar tidak harus terletak di bahu kerajaan semata-mata dan seluruh rakyat digalak agar berganding bahu menjayakan program yang bertujuan memupuk semangat sayangkan alam sekitar.

Ini bertepatan dengan sambutan Hari Alam Sekitar Negara yang diraikan setiap tahun pada 21 Oktober dan merupakan acara tahunan yang telah disambut sejak tahun 1989.

Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri berkata, sambutan bagi peringkat Negeri Sembilan tahun ini diadakan pada Ahad yang diadakan di Pantai Cahaya Negeri, di sini dalam suasana meriah dan ceria.


Turut hadir, EXCO Kerajaan Negeri merangkap ADUN Repah, S Vererapan serta pegawai kanan dan agensi kerajaan negeri.

“Tema pada tahun ini adalah ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’. Tema ini jelas menunjukkan bahawa usaha untuk memelihara alam sekitar tidak harus terletak di bahu kerajaan semata-mata.

“Menjaga, memulihara dan mengindahkan alam persekitaran kita adalah tanggung jawab kita bersama,” katanya.

Beliau berharap agar rakyat negeri ini dapat menyokong tekad dan azam untuk bersama mengekalkan keindahan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang kaya adat, sumber alam, tinggi budi pekerti serta bersih dengan nilai kesedaran alam sekitar yang tinggi.

“Besarlah harapan saya agar rakyat di Negeri Sembilan dapat menyokong tekad dan azam untuk bersama mengekalkan keindahan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang kaya adat, sumber alam, tinggi budi pekerti serta bersih dengan nilai kesedaran alam sekitar yang tinggi,” ujarnya.


Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *