KEADILAN Digesa Ambil Tindakan Tegas Terhadap Rafizi – Mahmud

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Mahmud Epah, berkata tindakan Rafizi tidak boleh dipandang ringan kerana membebankan usaha reformasi dan menimbulkan polemik dalam kalangan akar umbi.

KUCHING, 31 Mac – Pimpinan KEADILAN digesa mengambil pendirian tegas terhadap Mohd Rafizi Ramli susulan beberapa kenyataan terbuka dibuatnya yang didakwa menjejaskan imej dan kestabilan parti itu.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Mahmud Epah, berkata tindakan bekas Timbalan Presiden KEADILAN itu tidak boleh dipandang ringan kerana didakwa membebankan usaha reformasi dan menimbulkan polemik dalam kalangan akar umbi.

Susulan itu, katanya, kepimpinan parti perlu memastikan maruah KEADILAN terus terpelihara dan tidak diganggu oleh tindakan dianggap sebagai konfrontasi terbuka terhadap parti serta pimpinan.

Ng Lum Yong mendakwa prestasi Rafizi bukan sahaja mengecewakan, malah sekadar retorik tanpa hasil yang jelas kepada rakyat.

“Siri kenyataan dan tindakan terbuka Rafizi mutakhir ini tidak boleh dipandang remeh. Ia jelas menunjukkan satu corak yang membebankan imej KEADILAN dan menggugat usaha murni reformasi.

“Maruah parti tidak boleh terus digadaikan dengan polemik dicetuskan individu yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukannya punca masalah, fitnah dan mengkhianati parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan ahli perniagaan dikenali sebagai Victor Chin mendakwa seorang Ahli Parlimen KEADILAN meminta bayaran RM10 juta bagi membantu menyelesaikan isu didakwanya sebagai skandal mafia korporat, namun baki RM500,000 tidak dibayar kerana masalah itu tidak diselesaikan.

Ramanan Persoal Kenyataan Rafizi, Dakwa Buat Kesimpulan Tanpa Bukti

Sejurus kenyataan itu, Rafizi mendedahkan identiti ‘Mr R’ yang didakwa Victor Chin bertindak sebagai orang tengah dalam skandal mafia korporat.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa beliau boleh menamakan terus identiti ‘Mr R’ berdasarkan maklumat oleh Victor, namun isu lebih besar ketika ini, adalah dakwaan ahli perniagaan itu membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen KEADILAN.

Sementara itu, Mahmud berkata, tindakan Rafizi seperti memburukkan imej parti dan pimpinan secara terbuka itu adalah satu bentuk pengkhianatan kepada mandat rakyat serta kepercayaan akar umbi.

‘Rafizi Hipokrit, Tak Konsisten Isu Syarikat’ – Aktivis Politik

“Segala ruang demokrasi dalam parti sudah tersedia, namun tindakan memilih jalan konfrontasi terbuka hanya memberi peluru kepada musuh.

“Sekiranya Rafizi berasakan prinsip beliau tidak lagi sehaluan dengan hala tuju parti atau beliau lebih selesa menjadi penyerang daripada dalam, adalah lebih bermaruah untuk beliau segera keluar parti.

“Kita tidak perlukan pimpinan yang menjadi liabiliti dan beban kepada kelangsungan parti. Adakah niat beliau untuk memecahbelahkan parti,” katanya.

Bekas Pembantu Rafizi ‘Block’ WhatsApp Pegawai SPRM

Mahmud berkata, rakyat terutama di Sarawak mahukan kestabilan dan polemik dalaman yang tidak berkesudahan itu hanya akan menghakis keyakinan terhadap kredibiliti KEADILAN sebagai tulang belakang Kerajaan Madani.

“Tiada individu lebih besar daripada parti. Fokus kita untuk membina negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri dan sesiapa yang menjadi penghalang kepada usaha ini akan kami tentang habis-habisan,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *